shahira

shahira

Saturday 26 March 2011

Segalanya Tentangku BAB 2

GEDEBUUM...
Bunyi guruh mengejutkan aku dari tidur lantas keluar dari mimpi indahku.Aku menyelak langsir di sebelahku dan kelihatan rintis-rintis hujan jatuh membasahi bumi.Sayang sekali aku harus berpisah dengan mimpi indahku.Tetapi aku tidak berniat untuk menyambung tidurku yang terganggu sebentar tadi.

Semasa aku sedang nyenyak tidur,aku di diuliti mimpi yang sangat indah.Di dalam mimpi itu,aku didatangi seorang jejaka yang bercahaya.Wajahnya sunggu suci dan kacak.Sekilas aku memandang,wajah itu memberi ketenangan kepada jiwaku tambahan pula suasana sekeliling yang hening dan damai."Siapakah pemuda itu?" 

Tiada perbualan di antara kami.Dia tidak sempat memberitahu namanya akibat gangguan guruh yang megejutkan aku dari tidurku.Tetapi aku ingat benar wajah jejaka tampan itu dalam dakapanku.Renungan jejaka itu menikam kalbuku lantas telah mencuri hatiku.Riak wajahnya tampak ikhlas dan jujur.Subhanallah,murninya ciptaanMu.Hatiku bertanya,"adakah wajah ini yang akan ku temui di JB nanti".

Aku rasa hatiku sudah dicuri olehnya walaupun aku tidak mengetahui siapakah gerangan jejaka yang hadir dalam mimpiku itu.Aku benar-benar asyik terbayang wajah lelaki itu.Jelas terpancar nur diwajahnya menyebabkan aku terkenangkannya selalu.Pemuda itu seakan-akan terpelihara dari melakukan dosa.Kaki aku amat berat untuk pergi dari tempat itu.Diriku tidak puas menatap wajah jejaka dihadapanku.Pemuda itu tidak berganjak lantas tidak jemu-jemu mengukirkan senyuman untukku.Hatiku benar-benar sudah jatuh cinta pada jejaka itu walaupun tidak mengenali siapakah gerangannya.

Ketika kakiku perlahan-lahan menuju ke arah lelaki itu,ingin sekali aku menyapa gerangan lelaki itu.Sayangnya langkah itu terhenti akibat dentuhan guruh yang kuat.Aku menhembus nafas dan mengeluh.Alangkah indahnya kehidupanku jika pemuda itu muncul di alam realiti.

Mengapa terlalu cepat kita berpisah?Aku tidak puas menatap mata jejaka yang bersinar itu.Wajah pemuda itu berserta senyumannya terbayang di tubir mataku.Aku tersenyum sendirian.Inilah mimpi yang paling indah yang pernah aku alami.Hati kecilku berdoa agar aku dipertemukan sekali lagi dengan jejaka itu.Aku terus mendongak ke langit.

"Fiqa!!Dah bagun tu cepatlah mandi.Tolong ibu masak lagi bagus."suara ibuku kedengaran.Aku memulakan langkah malas menuju ke kamar mandi.Setelah aku bersiap-siap kelihatan seorang gadis sedang membantu ibuku."Wah sedapnya bau,tak sabar nak makan ni,"aku memulakan bicara."Haih ape la nak jadi,tunggulah abah balik dulu dari menjual surat kabar lame dekat syarikat kitar semula tu."kata adikku.Aku memuncungkan mulut lalu menyiapkan air minuman untuk bersarapan."Ha,kan bagus macam tu ade tolongnya jugak tanpa disuruh.Barulah namanya anak dara,senang hidup bila sudah berumah tangga nanti,"kata ibuku.Aku tersenyum manis lalu menjeling adikku.

Lantas adikku menyambung bicara,"alah ibu,akak tu sebenarnya dah sukakan seseorang.Nama budak tu Nizam,ibu..Alah budak kampung sebelah dekat JB tu.Belum pindah sane dah ade hati dengan Hero kampung sebelah"."haih pandai-pandai je budak ni,mane ade.Tah mamat mane yang kamu sebutkan,"sambungku.Ibuku hanya tersenyum dari jauh.

"Assalamualaikum..."kedengaran suara dari luar pintu.Rupa-rupanya ayahku sudah pulang.Ayah membasuh kaki dan tangannya lalu duduk di meja makan.Kami bersama-sama menjamah sarapan pagi itu."Tak sabar nak pindah JB"adikku bersuara.Tiba-tiba satu bayangan telah menghentikan suapanku dan menyebabkan aku mengelamun.Aku juga tidak sabar mahu berpindah kerana berkemungkinan besar aku akan berjumpa dengan jejaka yang muncul di dalam mimpiku.Tetapi aku terbayangkan sahabat-sahabatku di sini.Hah peningnya,alangkah indahnya kalau aku bisa mempunyai kedua-duanya serentak. Bisik hati kecilku.

PAPP,adikku memetik jari betul-betul di depan mataku."teringat sape pulak tu??",soalnya."Tak de sesape lah..",jawabku.Aku meneruskan makan.Sudah selesai mengemas ruang makan aku terus ke bilik dan membuka satu kotak lalu mengambil foto kenangan bersama kawan-kawanku yang telah di letakkan bingkai.Indahnya kenangan ini.Adakah aku akan lalui ini sekali lagi di JB??Siapakah pula jejaka yang muncul di dalam mimpiku??Adakah dia akan membuat aku bahagia atau sedih???Hati kecilku tidak terputus dengan soalan.


Apakah sambungannya,NANTIKAN...

Segalanya Tentangku BAB 1

Di tengah petang yang hening..Matahati yang sayu seolah-olah memahami hatiku yang kini sayu..Tarikh 15 Dis semakin hampir menandakan aku akan meninggalkan tempat ini.Aku sedang mengemas barang-barang peribadiku.Langkahku terhenti apabila aku melihat sekeping foto rakan-rakan kesayanganku...Aku tidak dapat menahan sebak di dada lalu air mata jatuh membasahi pipiku.Tiba-tiba kedengaran satu suara yang memaksa aku untuk mengesat air mataku..

  " Buat apa ni dik?"rupanya suara dari abang angkatku tersayang.Lalu aku menjawab"tak de pape lah,wan.Fiqa cume nk buang sume barang2 lame ni".Lantas iwan menyambung dengan soalan lagi,"tapi ni kan kawan2 fiqa yang bagi..Sebagai tanda kenangan??"Aku yang cuba menahan sebak lantas menjawab"nak buat ape simpan ni sume?Ia akan ingatkan fiqa dekat sume kawan2.."

  "Tu lah tujuannyer",Iwan menjawab."Iwan tak paham lah...Wat pe fiqa nak simpan sume ni kalo diorang dah lupe pasal fiqa??"Aku sudah tidak mampu menahan sedih lalu menitiskan setitik air mata."Iwan pon penah berpisah,so iwan paham..Mesti diorang ade hal sebab tu x boleh contack fiqa..Iwan mohon fiqa pikir balik sebelum buang sume ni.."Aku menghentikan perbualan itu lalu pergi ke kamarku.

   patutkah aku buang sume ni???Aku sayang sume kawan aku..tapi apakah mereka punya perasaan yang sama??Ya tuhan,apa patut aku buat?Aku buntu..

   Tiba-tiba hujan pun turun dengan lebatnya..Aku yang masih merenung foto sahabat2ku dan memikirkan kata-kata abangku,Iwan.Ada betulnya kata-kata Iwan tadi.Aku mengambil semua barang lalu masukkan ke dalam sebuah kotak untuk dibawa ke Johor Bharu.Semua memori ini akan tinggal kenangan di sini..

  Apa kehidupan aku di JB akan jadi seindah ini?Semua akan ada di dalam dakapan mindaku sepanjang masa..

   Aku menyimpan barang-barang itu.Iwan yang berada di luar bilik hanya mampu terseyum manis melihat telatahku.Iwan ingin memulakan langkahnye untuk pergi.Tapi aku menahannya dan berkata,"terima kasih bang...".Dia tersenyum namun pergi.Kini sahabat2 ku telahmendapat tempat yang mulia dihatiku..Adakah kita akan temui kebahagiaan dalam perpisahan ini??(nantikan)